Tuesday 15 March 2011

UNDANG UNDANG JENAYAH

UNDANG UNDANG JENAYAH
(Oleh Yussof Ahmad)

PEMBAHAGIAN UNDANG UNDANG

Ada beberapa cara Undang undang boleh dibahagikan. Misalnya ia boleh dibahagikan kepada undang undang adat (common law) dan undang undang bertulis, common law dan equity, undang undang Islam dan Sivil dan undang undang  Jenayah dan Undang Sivil.

Yang senang ialah membahagikan undang undang kepada undang undang Jenayah dan undang undang sivil. Agaknya kita senang mengagak apa dia undang jenayanah. Dalam bahasa yang mudah undang undang jenayah ialah undang undang berkenaan kesalahan. Oleh yang demikian undang undang berkenaan kesalahan membunuh adalah dalam ruang lengkok undang undang jenayah. Begitu juga berkenaan kesalahan memukul dan mencederakan orang lain dan kesalahan menipu.  Oleh yang demikian undang undang selain daripada undang undang jenayah ialah undang undang sivil. Perkataan sivil mempunyai berbagai bagai pengertian mengikut konteksnya. Dalam konteks undang jenayah dan undang sivil, undang undang sivil ialah undang undang yang bukan undang undang jenayah. Dalam konteks undang Islam dan undang undang sivil, undang undang sivil pula ialah undang yang bukannya undang Islam. Begitu juga dalam konteks undang undang sivil dan equity, undang undang sivil ialah undang undang yang bukannya equity. Boleh lah kita putuskan bahawa undang undang sivil begantung kepada dengan undang undang apa yang ia dibandingkan. Jika dibandingkan dengan undang undang jenayah, undang undang sivil ialah undang undang yang bukannya undang jenayah. Contoh undang undang sivil ialah undang undang kontrak, undang perlembagaan dan undang undang “tort”. Tort ialah berkeanaan kesalahan seperti mencederakan orang lain melalui kecuaian melalui perlanggaran kereta misalnya, memfitnah (libel). Kadang kadang satu kesalahan boleh mejadi jenayah dan tort. Kita akan bincangkan dimasa lain dengan lebih mendalam.

UNDANG UNDANG JENAYAH

Kita sekarang cuba membincangkan undang undang jenayah dengan dengan secara lebih mendalam. Kita mulakan dengan mengatakan bahawa undang undang jenayah ialah berkenaan kesalahan seperti pembunuhan dan menipu. Yang perlu diingatkan ialah bukan semua kesalahan adalah jenayah. Boleh dikatan apa yang menjadi kesalahan itu satu jenayah bergantung kepada nilai maraliti dan ugama sesuatu masyarakat. Misalnya seseorang melihat seorang kanak kanak sedang hanyut dalam sungai dan mungkin akan lemas. Dari segi moral orang yang melihat kejadian ini mestilah cuba menyelamatkan kanak kanak yang akan lemas ini. Adalah satu kesalahan moral sahaja jika dia tidak menyelamatkan kanak kanak tersebut. Kegagalan menyelamatkan kanak kanak itu bukan lah satu kesalahan jenayah. Dalam undang undang Islam zina adalah satu kesahan jenayah tetapi dibawah undang undang sivil zina bukanlah satu kesalahan jenayah. Di Malaysia senang sahaja untuk menentukan sama ada kesalahan itu jenayah atau tidak. Semua kesalahan jenayah terdapat dalam undang yang telah dikanunkan. Ini bermakna untuk sesuatu kesalahan menjadi jenayah ia mestilah terdapat dalam kanun yang telah diluluskan oleh badan perundangan Persekutuan atau Negeri. Kanun yang paling besar mengandungi kesalahan jenayah yang berat berat ialah Kanun Keseksaan (Penal Code). Walau bagaimana pun dari masa kesemasa Parlemen menggubal undang undang dalam bentuk Akta atau meminda undang undang sedia ada untuk menangani masaalah semasa. Misalnya dalam keadaan pekembangan Information Technology sekarang, satu undang undang diperlukan untuk menangani salah laku yang mungkin berlaku dalam bidang ini. Oleh yang demikian  Parlemen membuatSeksyen 233 Act 588 Communications and Multimedia Act dan Seksyen 233 memperuntukkan kesalahan jenayanh yang mungkin dilakukan dalam bidang ini. Satu Akta yang tidak juga kurang mustahaknya sekarang ialah Malaysian Anti Corruption Commission Act  untuk menangani kesalahan rasuah.

Kesimpulannya ialah sesuatu kesalahan itu tidak menjadi kesalahan jenayah jika tidak undang undang (legislation) dibuat dalam bentuk Akta (yang dibuat Parlemen Persekutuan, Enekmen (yang dibuat oleh Negeri) atau mana mana Peraturan yang dibawah Akta atau Enekmen (dipanggil “subsidiary legislation”) menjadkan kesalahan itu kesalahan jenayah. Misalnya tidak menanggung ibu bapa di Malaysia bukanlah satu kesalahan janayah oleh sebab tidak ada legislation berkenaannya. Tetapi Singapura dikatakan ada Akta berkenaan kesalahan  ini iaitu berkenaan anak tidak menanggung ibubapanya.

Dalam perbincangan akan datang kita akan lihat 2 jenis jenayah, satu yang memerlukan niat dan pebuatan dan satu lagi tidak memerlukan niat. Perbuatan sahaja mencukupi. Misalnya kesalahan memandu melebihi had laju.


No comments:

Post a Comment