Friday 18 March 2011

BOLEHKAH PEGUAM BUKAN ISLAM MENJADI PEGUAM SYARIE?


 
Bolehkah seorang peguam bukan Islam menjadi peguam syarie?

Akhbar melapurkan hari ini bahawa  Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seorang peguam bukan Islam yang mempunyai kelayakan dibawah undang undang yang berkenaan tidak boleh menjadi seorang peguam syarie.

Fakta kes
Victoria Jayaseele Martin (Pemohon) adalah seorang peguam yang mempunyai ijazah undang undang dari Universiti London dan ‘Certificate of Legal Practice’. Dia telah memohon untuk menjadi peguam syarie di Kuala Lumpur. Permohonannya ditolak diatas alasan bahawa dia bukan seorang Islam. Dia memohon Perentah Mahkamah Tinggi supaya Majlis Agama Islam Wilayah (Majlis) menerimanya sebagai seorang peguam syarie.

Uundang undang
Undang undang yang terlibat disini ialah undang undang sivil yang dikenali sebagai ‘undang undang perlembagaan dan pentadbiran’. Secara rengkasnya undang undang ini menentukan perhubungan diantara rakyat dengan Kerajaan Negeri,Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan dan agensi agensi Kerajaan, atau diantara Kerajaan kerajaan dan agensi tersebut. Hak hak rakyat terhadap badan badan ini biasanya terkandung dalam undang undang bertulis seperti Perlembagaan, Akta, Enakmen dan Peraturan peraturan yang dibuat dibawah undang undang tersebut. Misalnya hak menjadi rakyat terkandung dalam Perlembagaan. Hak hak asasi juga terkandung dalam Perlembagaan. Dalam kes ini hak untuk menjadi peguam syarie terkandung dalam Peraturan 10 Peraturan Peraturan Peguam Syarie 1993 yang dibuat dibawah Akta Pentadbiran Undang undang Islam wilayah persekutuan 1993.
Undang undang Perlembagaan dan Pentadbiran memperuntukkan juga bahawa apa apa keputusan badan badan yang tersebut diatas tadi boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi diatas permohonan sesiapa yang terlibat dalam keputusan ini. Tindakan ini dipanggil permohonan ‘certiorari’ dan mula mula kebenaran Mahkamah perlu didapatkan. Perentah yang dipohon ialah pengisytihan bahawa satu keputusan badan yang membuat keputusan adalah “null and void” iaitu tidak sah dan dibatalkan. Permohonan boleh juga dibuat untuk memaksa badan yang terlibat membuat sesuatu tindakan atau melarang satu satu tindakan dibuat.

Isu isu undang undang yang terlibat

Bolehkah Peraturan iaitu Peraturan 10 diatas dibuat melarang orang bukan Islam yang layak menjadi peguam syarie? Adakah ini tidak bertentangan dengan Perlembagaan? (Kalau bertentangan, undang undang itu tidak sah). Perlebagaan juga memperuntukkan semua orang adalah sama disisi undang undang tanpa mengira agamanya atau seksnya.

Keputusan Mahkamah

Mahkamah berpendapat dan memutuskan menolak permohonan Pemohon dengan alasan Peraturan 10 diatas adalah sah. Akta berkenaan memberi kuasa kepada Menteri berkenaan membuat Peraturan itu. Juga Peraturan itu tidak bercanggah dengan perlembagaan.

Apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment