Tuesday 8 March 2011

Mengenali Undang-Undang (Bahagian 1)

Pendahuluan Bahagian Pertama

Dengan tujuan membuat sesuatu usaha yang berguna saya bercadang menulis sedikit untuk orang biasa (lay men) berkenaan undang undang supaya mereka kenal undang undang. Ini bukannya hasil penyelidikan dan rujukan tetapi berdasarkan pembelajaran dan penglibatan saya selama lebih 40 tahun dengan undang undang sebagai   pegawai perundangan dan kehakiman (iaitu Timbalan Pendakwa Raya dan Magistrate dan kemudian Yang Di Pertua Mahkamah Sesyen (Sessions)), kemudian sebagai peguam bela dan peguamcara dan  sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan dan akhirnya sebagai Yang Di Pertua Mahkamah tersebut.

Saya berharap dapat menjelaskan kemudian serba sedikit berkenaan jawatan jawatan  dan institusi institusi tersebut apabila membicarakan Sistem Undang Undang Malaysia. Saya juga akan cuba membicangkan beberapa jenis Undang undang seperti Undang undang Jenayah dan Sivil dan lain lain jenis.

Ada baiknya kalau saya mendapat maklum balas. Kalau ada pertanyaan saya cuba akan menjawabnya seberapa boleh, insyAllah.

Apa dia Undang undang? Untuk cepat memahami istilah yang agak baharu ini, undang undang adalah perintah. Mungkin istilah “hukum” lebih senang difahami. Di Indonisia ijazah dalam bidang ini dipanggil “Serjana Hukum” atau S.H. (sebunyikan “es ha’). Di Malaysia undang undang sebagai perintah senang difahami. Undang undang dalam konteks kita adalah perintah Raja kita iaitu Yang Di Pertuan Agong. Undang undang berkenaan kesalahan membunuh mithalnya (seksyen 304 Kanun Keseksaan) boleh disebut seperti berikut. Yang Di Pertuan Agong memerintahkan “Jangan membunoh orang lain, kalau kamu membunuh kamu akan digantung sampai mati.” Pada maa yang sesuai saya akan bincangkan proses undang undang dibuat. Ini juga penting dihalusi sebab sebenarnya bukan Yang Di Pertuan Agong yang membuat Undang undang, tetapi Parlemen.

Dalam undang undang Islam (disebut undang undang syariah. Apa bezanya dengan Hukum Syarak?) undang undang sebagai perintah lebih mudah difahami. Undang undang syariah adalah perintah Allah swt dan sunnah Nabi saw. Tuhan memerintahkan supaya kita jangan membunuh dan kalau seorang dithabitkan membunuh dia juga akan dibunuh melainkan jika dia dimaafkan oleh waris orang yang kena bunuh dengan membayar ganti rugi. Persoalanya di Malaysia, kita (orang orang Islam) wajib mentaati perintah Allah swt dan pada masa yang sama kita mempunyai Raja yang juga membuat undang undang. Allah swt memerintah penzina disebat atau direjam dengan batu hingga mati tetapi Sultan memerintahkan penzina didenda atau dipenjarakan. Yang mana digunapakai? Jawabnya undang undang Negeri yang dibuat oleh Sultan. Sebenarnya ini dibuat oleh Dewan Perundangan Negeri dan dipersetujui oleh Sultan.

Untuk mereka yang ingin mendalami konsep ini (iaitu undang undang adalah perintah sila baca John Austin’s Theory of Law.

Ada teori teori lain berkenaan undang undang selain daripada teori bahawa undang undang itu adalah perindah. Adakah undang undang adat dan undang undang antara bangsa itu perintah? Tidak. Perbicaraan berkenaan undang undang ini dipanggil dalam bahasa Inggeris “Jurisprudence” atau the philosophy of law. Universiti Malaya ada menawarkan kursus dipanggil “Bachelor of Jurisprudence”. Apa bezanya dengan “Bachelor of Laws?”

3 comments:

  1. setakat ini boleh ikut..silakan...cuma nak tanya istillah hukum lebih cocok?

    ReplyDelete
  2. Yussof Ahmad
    Saya berpendapat begitu. Tetapi istilah "undang undang" digunakan dalam Akta akta Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tulis dalam blog dan copy dan link pada fb. Pembaca boleh tengok. tk

    ReplyDelete