Tuesday 15 March 2011

KELUARGA MAK CIK TIPAH

KELUARGA MAK CIK TIPAH

Seri Maini binti Johar datang ke Malaya mengikut ayahnya dari daerah Rao, Sumatra Barat, Indonesia semasa dia masih kecil lagi. Dia telah berkahwin dengan Aminuddin yang juga berasal dari Roa. Tarikh mereka sampai di Malaya dan berkahwin tidak lah diketahui. Saya panggil Seri Maini “Uci” dalam loghat Rao yang bermakna ‘nenek’ dalam Bahasa Melayu. Datuk saya ini ada seorang lagi isteri di Rao. Uci dan ayahnya datang ke Malaya dengan berdayung sampan. Mereka menetap di Kamponh Sg Itik Gopeng. Uci mempunyai seorang adik perempuan bernama Seri Banun yang bekahwin dengan Othman dan mereka tinggal di Taiping. Saya tertarik mendengar cerita bahawa dua orang anak perempuan adik Uci ini berkahwin dengan orang Inggeris. Seorang daripada mereka telah mengikut suami Inggerisnya ke United Kingdom dan dikatakan menetap disana. Perhubungan dengan mereka telah terputus. Seorang lagi anaknya mula mulanya juga mengikut suaminya kenegeri asalnya. Tetapi dia telah pulang  ke Malaysia dan difahamkan sekarang tinggal di Kuala Lumpur menjalankan perniagaan restoran. Mungkin dia boleh dijejaki.

Uci Maini mempunyai empat orang anak iaitu Ahmad, ayah saya, Tupin, Sitam dan Latifah. Kesemuanya telah meninggal dunia melainkan Latifah yang saya panggil “Mak Cik Tipah”. Makcik sekarang ini berumur 83 tahun dan tidaklah berapa sihat. Katanya ingatannya pun tidak begitu baik. Suaminya Pak Cik Yusof yang beasal dari Kampung Chulik tidak jauh dari Sungai Itik telah lama meninggal dunia. Mak Chik mempunyai 9 orang anak, iaitu sepupu sepupu saya. Mereka ialah Halimah yang dipanggil ‘Supik’, Hamimah (Kenek), Hasnah (Awang), Fatimah (Timah), Abdul Raman (Ahmed), Khatijah (Siti), Roziah (Rozi), Aminah (Ami) dan Abdul Rahim (Aim). Mak Cik mempunyai 21 orang cucu dan 3 orang cicit. Kebanyakan mereka tinggal di Sungai Itik dalam 6 buah rumah yang didirikan diatas sekeping tanah  yang diwarisi daripada Uci.

Saya percaya Mak Cik sangat gembira dan tentunya bersyukur kepada Allah bahawa diantara cucu cucunya ada dua orang doktor, seorang ahli kaji pemakanan (nutritionist), seorang akauntan, seorang computer programmer dan seorang penuntut perubatan tahun tiga. Saya perhatikan juga bahawa cucu cucu Mak Cik yang berjaya ini adalah cucu perempuan, anak kepada anak anak perempuannya. Satu lagi yang tentu memberansangkan ialah kedua dua anak perempuan Mak Chik iaitu Kenek dan Awang adalah ibu tunggal disebabkan perpisahan mereka dengan suami mereka. Saya percaya kesusahan hidup ibu mereka telah mendorong mereka untuk belajar bersungguh bersungguh semasa dibangku sekolah dan diuniversiti dan ini menjadikan mereka berjaya dalam pengajian mereka. Syabas diucapkan kepada mereka. Saya tompang berasa megah dengan kejayaan anak anak saudara saya ini.  Adalah diharapkan cucu cucu Mak Cik Tipah yang masih bersekolah akan mentauladani contoh yang ditunjukkan mereka yang telah berjaya. Kesusahan hidup tidak boleh dijadikan penghalang kepada usaha memburu kejayaan. Malahan itu mestilah digunakan untuk menjadi pendorong. Saya juga melului jalan yang tidak banyak bezanya dengan jalan yang mereka lalui. Saya berharap mereka yang telah berjaya ini akan sudi menceritakan pengelaman mereka di blog ini bagaimana mereka mengatasi segala kesuasahan dan akhirnya berjaya. Ini boleh menjadi galakan kepada mereka yang mahu mengikut jejak langkah mereka.

No comments:

Post a Comment