Thursday 10 March 2011

Mengenali Undang-Undang (Bahagian 2)

Teori teori lain berkenaan Undang undang

Ada berbagai bagai teori lain berkenaan undang undang. Tetapi saya rasa tidak lah perlu dibicarakan disini. Memadailah sekiranya seseorang itu berminat dia boleh membaca tulisan Professor H L A Hart, “The Concept of Law” dan tulisan seorang jurist Austria terkemuka Hans Kelsen berkenaan “Grundnorm” (Basic norm) (norma atau nilai asas) bersangkutan dengan teori undang undang.

Sejarah undang undang di Malaysia

Apa yang mungkin berfaedah ialah mengetahui serba sedikit sejarah undang undang Malaysia. Kedatangan penjajah British ke Malaya membawa sistem pentadbiran dan tidak dapat dielakkan undang undang Inggeris. Sebelum kedatangan Inggeris kerajaan kerajaan Melayu dikatakan menggunakan Undang undang Islam (Lihat Kanun Melaka). Undang Inggeris yang diperkenalkan oleh Pemerentahan British ini semestinya disesuaikan dengan keadaan disini. Lebih tepat jika dikatakan pemerentahan British di Malaya membawa undang undang Inggeris seperti yang mereka gunakan di India. Misalnya Penal Code, Criminal Procedure Code dan The Evidence Act India digunapakai di Malaya. Undang undang Tanah pula dalam bentuk The Natioal Land Code pula dibawa dari Australia yang juga menggunakan The Torrens Sistem yang berasaskan pendaftaran hakmilik tanah dan transksi tanah. Boleh dikatakan bahawa sebahagian besar undang undang Malaya sebelum Merdeka pada 1957 adalah undang undang Inggeris dan India yang disesuaikan dengan keadaan di Malaya.

Kerajaan Malaya meluluskan satu Akta (Civil Law Act 1956) yang memperuntukkan penerimaan Undang undang Inggeris oleh Malaya. Undang undang itu adalah Undang Undang Inggeris yang digunakan di England pada satu tarikh tertentu iaitu 7hb April 1956.

Pemerentahan Inggeris juga membuat undang undang untuk pentadbiran undang Islam. Mereka juga memperkenalkan hukuman dibawah undang undang pentadbiran itu yang berbeza dengan undang undang Islam. Misalnya hukuman untuk zina adalah denda dan penjara beberapa bulan. Undang undang Islam hanyalah dikenakan kepada orang orang Islam sahaja. Walaubagai mana pun hanya undang undang Islam peribadi (personal Laws) seperti nikah kahwin harta pesaka sahaja yang digunakan terhadap orang orang Islam.

No comments:

Post a Comment