Monday 14 March 2011

MENGENALI UNDANG UNDANG Bhg ke 4

MENGENALI UNDANG UNDANG Bhg ke 4
(oleh Yussof Ahmad)

Kes Melanggar Kontrak dan Keputusan Timbangtara

Saya diminta oleh seorang kawan memberi nasehat berkenaan perkara diatas. Saya ingin membincangkan kes ini sebagai contoh perkitaian melibatkan undang uandang kontrak yang berdasarkankan kes sebenar. Ini mungkin menarik minat pembaca untuk mengenali undang undang dengan lebih dekat.

Latar belakang rengkas kes

Kawan saya (kita panggil dia “Pihak Yang Menuntut” – PYM) telah mengikat kontrak dengan sebuah organisi Kerajaan (Kita panggil dia “Responden”). PYM berjanji mendirikan sebuah bangunan kolej untuk Renponden dalam tempuh masa tertentu dan Responden berjanji membayar satu jumlah bayaran kepada PM. Kontrak itu mempruntukkan Responden boleh menamatkan kontrak itu sekiranya PYM lambat membuat kerja tersebut. Kontrak itu juga memperuntukkan jika berlaku pertikaian diantara kedua dua belah pihak pertikaian itu mestilah dirujukkan kepada Timbangtara untuk memutuskan peritakaian tersebut. Inilah yang sebenarnya berlaku. Responden menamatkan kontrak tersebut atas alasan PYM lambat menjalankan kerja itu. PYM tidak bersetuju. Dan pertikaian itu dirujukkan kepada Timbangtara. Timbangtara membuat keputusan bahawa Responden SALAH menamatkan kontrak itu dan oleh yang demikian penamatan kontrak itu tidak sah. Walau bagaimana pun Timbangtara memutuskan Responden hanya perlu bayar gantirugi namaan (“nominal”) sahaja sebanyak RM 500.00 . Tuntutan PYM ialah lebih kurang RM 9 juta. Alasan Timbangtara ialah PYM tidak membuktikan kerugianya dalam perbicaraan itu.

Apakah hak PYM? Keputusan Timbangtara ikatakan adalah muktamat.

Pendapat saya akan diberi dalam Nota akan datang setelah mengkaji undang undang berkenaan terutama sekali Akta Timbangtara 2005.

Pembaca mungkin ingin memberi pendapat masing masing.



No comments:

Post a Comment