Saturday 12 March 2011

Mengenali Undang-Undang (Bahagian 3)

Undang undang Inggeris secara rengkas berkenaan “Common Law and “Equity” dan Undang undang yang dikanunkan (Codified Law)

Undang undang Malayssia pada keseluruannya adalah berdasarkan Undang undang Inggeris. Oleh yang demikian sesuailah kita mengenali Undang undang itu secara rengkas.

Pada mulanya undang undang Inggeris berkembang dalam masyarakat England mengikut keputusan keputusan Mahkamah dan berkembang seragam diseluruh England. Ini lah menyebabkan undang undang ini dikenali dengan nama “Common Law”. Lama kelamaan dia menjadi satu sistem tersendiri dan merebak kesemua negara negara yang dijajah oleh Enland. Negara yang mengamalkan “common law” termasuklah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, India, Pakistan dan negara kita sendiri. Undang undang “common law” tidak zahir dalam bentuk satu dokumen bertulis atau dalam bentuk Akta seperti yang kita kenali sekarang. Sebagai contoh Perlembagaan British tidak bertulis hinggalah sekarang.

Lawan kepada system “common law” ialah dimana undang undang itu terdapat bertulis dan dikumpulkan dalam beberapa “codes”. Sebagai contoh ialah di Perancis mereka ada “Code Nepoleon”. Negara negara di Benua Eropah pada keseluruhannya menggunakan sisitem undang undang yang telah di kanunkan dalam beberapa “codes”. Sistem ini juga dibawa oleh kuasa kuasa Eropah kewilayah wilayah yang mereka jajahi seperti Afrika Utara dan Indonesia.

“Common Law” pula berjalan seiring dengan satu set peraturan peraturan yang dikenali sebagai “Equity”. Peraturan peraturan ini timbul dalam usaha mahkamah untuk memberi keadilan yang lebih baik. Prinsip perinsip “commom law” ada kalanya tidak berapa adil. Misalnya mengikut “common law” jika seseorang itu bukan menjadi pihak (party) dalam satu kontrak dia tidak boleh menguatkuasakan kontrak itu. Contohnya: A dan B membuat kontrak dimana B berjanji membayar C tetapi C tidak menandatangani kontrak itu. Jika B tidak membuat bayaran itu, C tidak boleh menuntut kepada A. Ini dikenali sebagai “Rule of Privity”. Dalam kes tadi dikatakan“tidak ada privity of contract” diantara C debgan A. Ini adalah tidak adil. “Equity” datang menolong C dalam kes kes tertentu dan membenarkan C membuat tuntutan terhadap A. Dari masa kesemasa banyak peraturan equity dibuat oleh mahkamah. Undang undang berkenaan penggadaian (mortgage) misalnya adalah undang undang berbentuk equity. Undang undang Perusahaan juga banyak menggunakan prinsip perinsip equity. Equity dikatakan merayu kepada “conscience” hakim dan tidak kepada undang undang.

No comments:

Post a Comment