Saturday 26 March 2011

ORANG BOYAN DI MALAYSIA

Di Sg Pelong, Sungai Buloh ramai pendatang Indonesia dari Boyan. Mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang agak baik, malahan lebih baik daripada pendatang lain dan orang tempatan. Rumah mereka rumah batu berderet.Ada yang menjalankan kerja tukang kayu, atau bisnis kecil kecilan seperti pengangkutan dan menjadi drebar.

Masa saya sekolah di Kuala Lumpur dahulu saya tinggal di Hostel di Jalan Sulaiman. Ada beberapa orang kawan kawan Boyan tinggal di Hostel itu . Kami selalu berseloroh dengan mereka dengan berkata, “Orang Boyan makan kudo”. Pada pengetahuan kami orang Boyan ramai yang berkerja di kelab lumba kuda di Ampang dimana terletaknya KLCC sekarang. Dipercayai apabila kuda lumba jatuh dan patah kuda itu akan ditembak dan dagingnya dibahagi bahagikan kepada pekerja pekerja Boyang. Sama ada betul atau tidak Allah sahaja yang maha menegetahui. Masa bersekolah di STAR dulu saya tahu ada Kampong Boyan di Ipoh (atau kampong Pisang?). Mereka juga berkerja di kelab lumba kuda yang agak dekat dengan STAR. Saya sekarang dapati ramai kedi
di Kelab Golf di Raja Perak di Tiger Lane
(sekarang Jalan Sultan Azlan Shah) yang juga dekat dengan STAR adalah pemuda Boyan. Pak Udari drebar Van STAR masa saya belajar disitu juga adalah orang Boyan.

Salah seorang penolong imam masjid saya ialah orang Boyan. Sedap bacaan ayat ayat Qurannya. Kadang kadang saya berkesempatan bersembang sembang dengannya selepas solat subuh. Saya diberitahu bahawa Boyan adalah sebuah pulau kira kira 3 jam perjalanan dengan kapal “jet fuel” (agaknya Hovercraft) dari Surabaya. (dia memberitahu bahawa kapal jet fuel dibawa masuk oleh Presiden Habibie dan dibuat oleh Syaikat kepunyaan Habibie di Jerman. Dia juga beritahu bahawa Habibie “diberikan” Pulau Batam oleh Suharto sebagai balasan dia balik ke Indonesia dari Jerman. Menarik cerita ini!). Dia datang ke Malaya masa dia berumur 16 tahun. Tidak macam “pendatang haram” sekarang. Dia ada passport antarabangsa. Dia menceritan bahawa datuk dan ayahnya sudah sejak dulu dulu lagi datang mencari makan di Malaya tetapi tidak menetap disini. Di Boyan semua orang ada tanah dan makanan sentiasa cukup. Yang susah ialah mendapatkan wang. Mereka yang ingin merantau akan menjual tanah mereka dan pergi merantau kemerata dunia katanya. Ramai menetap di Singapura dan Malaya. Katanya orang Boyan adalah orang baik baik dan sukakan keamanan dan tidak aggressif seperti orang Madura mithalnya. Mereka mempunyai pegangan ugama yang kuat. Tidak seperti orang Jawa ada yang menganut ugama Hindu dan Kristian. Saya ingin mendengar lagi ceritanya berkenaan orang Boyan dan bagaimana mereka nampaknya lebih berjaya dalam hidup mereka di Malaysia. Saya juga ingin mendalami cerita kedatangan pendatang pendatang Indonesia yang dikatakan mungkin ada 2 juta di Malaysia sekarang. Ini adalah satu fenomina yang perlu dikaji dan direkodkan.

13 comments:

  1. Saya juga org Boyan, datuk saya dari Boyan, ke Singapura dan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. eson anak bawean .. senten anak na senten ? anak bawean :)

    ReplyDelete
  3. Realitinya org boyan ni lupe diri bila duk singapore, padahal bukan penduduk asal. Siap pandang rendah lagi kat melayu lain. Best bukan hidop menongkat langit? Simpan lah perangai buruk tu di pulau asal kamu, jgn dibawa merata2. Bikin busuk nama bangsa kamu je di Malaysia & Singapore. Maaf kami melayu semenanjung tak reti nak respect org sombong dan bongkak. Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu. Org boyan skrg berlagak nak mampos. Tak sedar asal usul dri mna dtg.

      Delete
  4. Aku ada kawan boyan di ofis...depan saja baik...belakang suka maki hamun...aku sakit accident haram dtg jenguk...bila time susah kete rosak sebelum ni...aku la balaci menolong boyan hangit ni ke opis...hawau punya boyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. boyan kat opis ni blagak bukan main. die je la yg pandai. die je la yg cantik. padahal parents ic merah.

      Delete
  5. saya pernah di perlawa untuk mempelajari ilmu pertahan diri boyan.tapi mgkn bukan rezeki saya...saya x sempat pelajarinya

    ReplyDelete
  6. Tak payah ckp boyaa la,indon la....melayu apa kurang, sama juga perangai...suka gossip, mengata dibelakang, sakit Mata tgk org lain berjaya...bukan semua la

    ReplyDelete
  7. Blogger nampak handsome walaupun dah pencen. Apa rahsia pak😁

    ReplyDelete
  8. Betul ke orang Boyan makan kuda? Satu lagi saya dengar, orang Batak makan orang. Betul ke?

    ReplyDelete
  9. Mengumpat ni kecacatan minda , hasil dnA kapala bapak mereka , dari asal usul manusia kebanyakan dulu tak pakai baju panties atau bra, banana goyang dll dan makan ulam tumbuh-tumbuhan segala jenis seranga, binatang Dan haiwan .dll sehinga penakluk bertamadun menakluk mereka dan kurang ajar telah diajari sehinga yang terpelajar diantar mereka membangungkan identity mereka yg unik dan mula bertamadun mencontohi penakluk asing.

    ReplyDelete