Wednesday 23 March 2011

BOLEHKAH PEGUAM BUKAN ISLAM MENJADI PEGUAM SYARIE?

Dalam artikel yang lepas kita dapati Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seorang bukan Islam yang mempunyai kelayakan profesynal yang dikehendaki tidak boleh menjadi seorang peguam syarie semata semata disebabkan dia adalah seorang bukan Islam.

Pada pendapat saya peguam bukan Islam itu sepatutnya dibenarkan oleh Mahkamah menjadi peguam syarie. Peraturan yang menetapkan bahawa seorang peguam syarie mstilah seorang Islam melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 8 memperuntukkan seprti berikut:-

8.  Equality.
(1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.
(2) Except as expressly authorised by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession vocation or employment.

Artikel ini jelas memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama disisi undang undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama dibawah undang undang. Seterusnya tidak boleh ada disriminasi terhadap rakyat diatas sebab diantara lain ugama dalam mana mana undang undang atau perlantikan dalam profesyen. Pada pendapat saya Peraturan yang mengenakan syarat sorang peguam syarie mestilah seorang Islam jelas melanggar Artikel8 diatas. Kes ini melibat perlantikan dalam profession, iaitu perlantikan dalam profession undang undang. Juga melibatkan undang undang berkenaan profesyen. Disini telah berlaku diskriminasi berdasarkan ugama. Penguam ini layak tetapi tidak dibenarkan menjadi peguam syarie oleh sebab ugamanya.

Artikel 8 memperuntukkan diskriminasi hanya sah jika dibenarkan oleh Perlembagaan. Saya dapati tidak ada mana mana peruntukan dalam Pelembagaan yang membenarkan diskriminasi seperti ini.

Dibawah peruntukan Perlemabagaan mana mana undang undang yang bercanggah dengan Perlembagaan bahagian undang undang yang bercanggah itu adalah terbatal. Oleh yang demikian Peraturan yang mensyaratkan peguam syarie mestilah seorang Islam adalah terbatal dan tidak sah.

Pendapat diatas hanyalah berdasarkan undang undang iaitu Perlembagaan. Kalau dikaji dari segi bukan undang undang pun saya berpendapat peguam bukan Islam yang mempunyai kelayakan yang dikehendaki patut dibenarkan memnjadi peguam syarie. Ini adalah dakwah yang baik. Dengan mereka berdamping dan terlibat dengan syarie ada kemungkinan mereka berminat dalam aqidah Islam. Dari minat itu mungkin mereka tertarik untuk memeluk ugama Islam. Kita akui hidayat untuk memeluk ugama Islam itu adalah hanya dari Allah swt. Walau bagai mana pun kita digalakkan berdakwah kepada manusia berkenaan Islam. Saya berpendapat membenarkan peguam bukan Islam yang layak menjadi peguam syarie adalah satu usaha dakwah yang baik. WaAllahu’alm.

No comments:

Post a Comment