Sunday 10 April 2011

ISLAMIC ONLINE UNIVERSITY



Saya bernasib baik telah dijemput oleh seorang kawan menghadziri satu ceramah oleh Dr Abu Ameenah Bilal Plillips bertajuk ‘Following The Salaf In The Time Of Fitnah’ di Darul Ta’lim di TTDI baru baru ini. Dr Phillips ialah seorang Muslim berbangsa Kanada yang berasal dari Jamaica. Dia mumpunyai ijazah BA dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Madinah, MA dari Riyadh dan PhD dalam bidang ‘Islamic Theology’ dari Univesity of Wales, UK.

Selepas ceramahnya itu dia memperkenalkan Islamic Online University yang mempunyai ibupejabat di Qatar. Dia ialah Pengasas dan Dekan Universiti ini. UniversitI ini menawarkan kursus Diploma dan BA in Islamic Studies. Kursus Ijazah ini memakan masa selama 4 tahun 9 (8 semesters). Tidak ada bayaran pengajian dikenakan tetapi yuran pendaftaran dan peperiksaan (untuk calun Malaysia) sebanyak US 80 satu semester dikenakan. Tiap tiap semester penuntut dikenakan mempelajari 6 kursus yang  mengandungi 3 syarahan online memakan masa 3 jam. Peperiksaan juga dibuat secara online. Kursus Diploma pula adalah percuma.

Diantara mata pelajaran yang ditawakan ialah
Tajweed, Aqeedah, Bahasa Arab, Computer Studies, English, Tafseer, Fiqh, Seerah, Hadith, Da’wah, Islamic Management, dan lain lain lagi.

Mereka yang berminat bolehlah melawat website Universiti itu http://www.islamiconlineuniversity.com/

Saya rasa inilah adalah satu peluang yang amat baik untuk yang berminat mendalami pengajian Islam yang terlepas peluang mengikuti kursus formal dimasa lepas. Kursus keseluruhanya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.






         

No comments:

Post a Comment